PESANAN IMAM AL-GHAZALI

 

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)

 

2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

 

3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

 

4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

 

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

 

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 

Sumber rujukan : myibrah.com

VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 0 (from 0 votes)

NIKON D3200 DILANCARKAN MEI 2012

NIKON D3200 MEI 2012 MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Khas untuk yang tengah cari nak beli kamera baru, Nikon baru sahaja melancarkan model terbarunya iaitu Nikon D3200 menggantikan Nikon D3100.

Walaupun Nikon D3200 dikategorikan sebagai entry level DSLR, tapi fungsi yang ada pada D3200 boleh menyaingi DSLR semi pro yang ada di pasaran. Antaranya:

 

  • 24.2 Megapixel (6016 x 4000)
  • Full HD 1080/30
  • ISO 100 – 12800
  • 4 frame persecond
  • 3 inch LCD, Resolution 912000 dot
  • LiveView

NIKON D3200 DILANCARKAN MEI 2012

Harga untuk pasaran (body + kitlens 18-55mm) Malaysia belum diumumkan lagi, dalam USD sekitar $700. Seperti Canon 1100d, Nikon D3200 boleh didapati dalam 2 warna iaitu hitam dan merah.

kredit : tarmizishukri.com

VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 0 (from 0 votes)

DUCATI STREETFIGHTER BAKAL MASUKI PASARAN MALAYSIA

Motosikal berkuasa tinggi Ducati StreetfighterStreetfigther 848, model terbaru edaran Next Bike Sdn. Bhd. yang jualannya dilancarkan di Malaysia hari ini akan dijual pada harga RM99,333. Kenderaan yang dipacu oleh enjin Testastretta 11 itu juga mempunyai ciri baru pada casisnya bagi memberikan model berkenaan kelincahan dan kekuatan untuk memaksimumkan keselesaan serta kepuasan penunggang.

“Ciri-ciri baru yang diperkenalkan itu juga menjadikan Streetfighter 848 ini amat sesuai untuk jalan-jalan raya di Malaysia terutama di kawasan bandar.

“Selain itu, penambahbaikan yang diperkenalkan itu juga menjadikan Streetfighter antara yang terbaik dalam kelas naked bikes,” kata beliau ketika majlis pelancaran yang diadakan di Bilik Pameran Ducati, Plaza TTDI di sini, hari ini.

Dalam acara berkenaan, pihak Next Bike turut mengadakan majlis penyerahan Streetfighter 848 kepada enam pembeli pertama motosikal itu di Malaysia.

Menurut salah seorang pembeli, Kamarul Hafizad Kamarudin, dia yang tertarik dengan model Streetfighter 848 ini ketika berada di Hong Kong tahun lepas membelinya kerana ia mempunyai personaliti yang tersendiri.

“Personaliti Streetfighter ini bukan sahaja sesuai dengan diri manakala keupayaannya untuk kegiatan santai dan kerja amat menarik minat saya untuk membelinya,” katanya.

 

SUMBER : ABGTEROR.COM

VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 2.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 0 (from 0 votes)

KEPUTUSAN HOKI KELAYAKAN OLIMPIK LONDON 2012 MALAYSIA VS IRELAND

KEPUTUSAN HOKI KELAYAKAN OLIMPIK LONDON 2012 MALAYSIA VS IRELAND 17 MAC 2012

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan Hoki Kelayakan Olimpik London 2012 Di Antara Malaysia Vs Ireland. Keputusan penuh akan diupdate setelah perlawanan bermula.

 

FULL TIME : MALAYSIA 1-1 IRELAND

#SELAMAT TINGGAL LONDON 2012.

VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 8.4/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.15_1155]
Rating: -1 (from 1 vote)

SHIRO JUARA RAJA LAWAK 6

SHIRO JUARA RAJA LAWAK 6

pemenang raja lawak musim 6

juara – shiro
naib juara – zero
tempat ke3 – cuit
tempat ke4 – 2yol

tahniahhhhhhhhhhhhhh kepada pemenang. hehe. Gua syak zero yang no1 awal tadi, rupanya shiro. erhmm..

VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.15_1155]
Rating: +1 (from 1 vote)